Tuesday, February 23, 2010

Ini Mimpi...

Dalam kekalutan dunia,
seorang pemuda duduk di atas kerusi kayu,
merenung nasib ibunya yang mati di tangan Yahudi,
dia menutup mata,
dan terus beranggapan,
dia masih bermimpi,
dan tidak mahu bangun.
Seorang gadis,
tersenyum tawar,
pada hari itu,
dia membancuh minuman kegemaran abahnya,
dan cuba merasai kemanisan,
dalam kepahitan kopi.
Sebuah cermin yang retak,
tergantung pada sebuah almari yang usang,
menghadap wajah sayu gadis itu,
pantulan wajah pada cermin itu,
bukan wajah aku!
bibir sepatutnya menguntumkan senyuman,
mata sepatutnya bersinar,
pipi sepatutnya berisi!
Itu dulu...
ketika tanah airnya makmur,
ketika merasa hangatnya dakapan ibu,
ketika melihat senyuman seorang abah,
ketika menikmati tenangnya menelaah ilmu,
ketika riangnya bermain bersama- sama teman.
Kini,
nikmat itu hilang,
yang tinggal,
hanya kenangan yang masih dianggap nyata,
walaupun tahu apa yang sedang berlaku,
si gadis dan si pemuda masih berharap lagi,
ibu akan memeluknya,
dan ayah akan tersenyum.

Friday, February 5, 2010

Satu, bersatu...


Assalamualaikum...
Lama sudah tak menulis dalam blog sendiri, rasanya hampir setahun... Apakah yang terjadi sehingga saya tidak dapat melakukan aktiviti yang saya gemari- menulis. Menulis memang bukan kepakaran saya tetapi ia menjadi kesukaan saya.
Panjatkan doa untuk rakyat Haiti yang ditimpa bencana... Kasihan mereka. Pada saat kita bergembira, sentiasalah ingat bahawa ada pihak yang sengsara. Juga tidak dilupakan, kepada abang- abangku dan kakak- kakakku di Palestin, selamat berjuang untuk agama dan tanah air hakmu. Saya di sini hanya mampu berdoa semoga perjuangan kalian diberkati Allah swt. Memang Allah mempunyai rahsia tersendiri membenarkan Israel menceroboh tanah airmu. Allah swt mempuyai pelbagai cara untuk menghadiahkan taman syurgaNya kepada Mukminin. Salah satunya- menyediakan jalan untuk syahid.
Kita sering bertanya, di mana silapnya negara- negara Islam yang gagal untuk bersatu. Bukankah bersatu itu kesukaan Allah swt? Satu; satu Tuhan, Allah. Satu; satu kiblat, Kaabah. Satu; satu kitab, al- Quran. Satu; satu suara, "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Mungkinkah ada dalam kalangan kita yang mementingkan kedudukan dalam politik nasional? Pentingkah kuasa sehingga sanggup menggadai nyawa saudara- mara sendiri? Mungkinkah wang itu lebih berat timbangannya daripada darah saudara sendiri? Pentingkah harta daripada kasih- sayang sesama saudara- mara? Mungkinkah ketakutan kepada si laknatullah memberi keberanian untuk menghapuskan saudara- mara dari muka bumi? Pentingkah rasa takut itu untuk menyelamatkan diri sendiri?
Apakah yang difikirkan apabila membunuh saudara sendiri?
Di manakah akal fikiran apabila menghirup darah saudara sendiri?
Mengapakah fikiran tiba- tiba mati ketika menikmati daging saudara sendiri?
Bagaimanakah fikiran ketika menukarkan emas dengan nyawa saudara sendiri?
Bilakah kesedaran akan terbit setelah terbitnya sungai dari darah saudara sendiri?
Siapakah dia di sisi Allah jika fikirannya menjurus kepada pembunuhan saudara sendiri?