Tuesday, October 20, 2009

fikir dulu sebelum buat..

salamun 'alaik..
dah lama tak tulis apa- apa dalam blog ni..
saya terpanggil pula nak menulis..
kebelakangan ni, saya banyak bergaul dengan rakan- rakan yang bukan Islam.. apabila melihat mereka, timbul dalam lubuk hati saya satu soalan- kenapa Allah tak lahirkan mereka sebagai seorang Muslim?
Saya berfikir tentang soalan ini berkali- kali dan nasib baiklah ada seorang rakan yang berjaya merungkai soalan ini.. Katanya, dalam hati mereka (bukan Muslim) ada satu soalan yang mengganggu fikiran- Apa itu Islam? Kenapa ada orang menganut Islam? Apa istimewanya agama ini?
Mereka yang bijak akan mengkaji tentang Islam melalui pelbagai sumber. Tak hairanlah ramai profesor dan golongan berpendidikan yang bukan Islam menganut agama Islam selepas mengkaji beberapa fenomena alam. Lihat saja pengkaji yang mengkaji tentang peristiwa 11 September. Ada antara mereka yang memeluk agama Islam selepas mengenali Islam melalui peristiwa itu. Ada hikmahnya peristiwa tragis tersebut. Setidak- tidaknya, Islam dapat dikenali dan dikaji oleh rasa ingin tahu sesetengah pihak terhadap Islam. Soalan mereka- benarkah agama ini menganjurkan keganasan?
Islam merangkumi pelbagai aspek- kehidupan dunia dan akhirat. Manalah ada agama yang mengajar ilmu- ilmu seperti itu selain daripada Islam. Islam sangat seimbang dan sesuai sepanjang zaman.
Sebagai manusia yang bertamadun, kita harus berfikir dahulu sebelum membuat apa- apa keputusan dalam hidup ini terutamanya memilih agama atau jalan hidup. Bak lagu M. Nasir;
73 pintu,
73 jalan,
yang hanya ada 1 jalan...
maknanya, dalam dunia ini, hanya ada satu jalan penyelamat yang mesti diikuti oleh manusia. Jalan- jalan yang lain hanyalah jalan yang memesongkan manusia dari jalan sebenar. Fikirlah kebaikannya jika memilih sesuatu jalan dan kajilah sendiri pilihan tersebut- benarkah ini jalan sebenar?

Thursday, September 3, 2009

Kenapa Allah Tak Makbulkan Doa Ye?

Kadang- kadang kita terfikir juga, sudah banyak kali kita berdoa, mahukan sesuatu yang hingga kini masih tak dapat.. Bukan Allah tak sayangkan kita, Allah sayang saya dan kamu juga! Namun kita harus muhasabah diri..
Berikut adalah faktor- faktor yang menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan untuk menjadi panduan kita bersama:


1. Percaya kepada Rasulullah saw tetapi tidak mengikut sunnahnya.
2. Tahu membaca Al- Quran, tetapi tidak mengikut ajarannya.
3. Menggunakan nikmat yang Allah beri tetapi tidak tahu bersyukur.
4. Percaya adanya syurga tetapi tidak berusaha menuntutnya.
5. Percaya adanya neraka tetapi tidak takut kepada azabnya.
6. Percaya adanya syaitan sebagai musuh manusia tetapi tidak memerangi dan menjauhinya.
7. Melihat orang meninggal dunia tetapi tidak menyediakan bekalan untuk mati.
8. Melihat mayat ditanam di dalam kubur tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.
9. Menjauhkan diri daripada maksiat tetapi mendorong orang lain melakukannya.
( Jawapan Ahli Sufi Ibrahim Adham Rahimahullah terhadap soalan seorang hamba Allah
doanya tidak dimakbulkan oleh Allah ).

Wednesday, September 2, 2009

Kekalahan ini sangat memeritkan..

Salamun 'alaik..
Malam ini saya telah kalah melawan arus yang datang..
arus itu bagi saya kecil, namun apabila ia kerap datang, arus itu telah melemahkan saya.. Ibarat air yang menghempas batuan di tebing lautan.. Sekali menghempas memang tiada kesan tetapi jika banyak kali air melakukan perkara yang sama,lama- lama batu yang keras terhakis juga.. Saya telah cuba membatukan hati agar segala apa yang dikatakan terhadap diri saya tidak saya ambil peduli.. Tetapi saya gagal!!! Ketabahan saya bukan sama seperti ketabahan Rasulullah.. Saya tidak mampu lagi menahan.. Saya bulatkan tekad untuk tidak meneruskan perjuangan di jalan itu biarpun saya menyayangi jalan tersebut.. Sudah lama saya memikirkan tentang keputusan ini namun saya buat tidak endah kerana rasa sayang saya pada perjuangan ini.. Namun saya hanya insan biasa, apalah yang mampu saya lakukan apabila kerap kali diperli dengan kesalahan yang tidak saya lakukan..
Mungkin Allah ada agenda tersendiri dalam menyusun kehidupan saya selepas ini.. Saya yakin denganNya.. Kan Allah itu menyayangi saya, dan kamu juga..

Friday, August 28, 2009

Erti Hidup Dengan Ujian...


Perjalanan ini,
tidakkan terhenti,
sekiranya jantung terus berbunyi,
banyak halangan,
perlu kau tempuhi,
mencabar iman dan taqwa di hati,
di kanan duri,
di kiri api,
di depan dan belakang entah apa yang menanti...

Sajak ini direka oleh saya ketika saya menghadapi ujian yang dahsyat dan getir.. Dalam usia yang masih hijau, saya banyak diduga dengan pelbagai rintangan. Alhamdulillah, saya berjaya menempuhi segala ujian dengan pertolongan kekasih saya, Allah. Walaupun saya masih diduga dengan pelbagai cubaan, saya tetap bersyukur kerana Allah sentiasa menyelesaikan kesulitan itu. Sememangnya saya berusaha, tetapi keputusannya terletak di tangan Allah swt. Allah sayang saya, dan kamu juga!
Berbicara tentang ujian, saya menganggap ujian atau rintangan sebagai peria dalam menu makan tengah hari atau makan malam. Walaupun pahit, peria melengkapkan juadah untuk jamuan kita. Begitu juga dengan kehidupan.. Tidak ada erti jika kita hanya merasai kegembiraan dan kesenangan tanpa diduga dengan ujian dan kesedihan. Hidup kita tidak akan lengakp. Para sahabat Rasulullah saw akan berasa gelisah jika tidak dilanda ujian kerana ujian menentukan keteguhan iman seseorang.
Siapa yang tidak pernah diduga dengan ujian? Kekasih Allah yang paling agung pun diduga dengan ujian yang maha dahsyat. Baginda Muhammad saw dipulau, dibaling dengan batu dan najis, difitnah dan segala jenis ujian ketika baginda berdakwah namun baginda sabar menghadapi segalanya. Jika kesayangan Allah mampu menerima ujian tanpa mengeluh, bagaimana pula dengan kita, hamba Allah yang tidak dapat dipastikan rumah tetap selepas ini- syurga atau neraka?
Ujian merupakan tanda kasih Allah kepada kita. Allah mahu kita menjadi hamba yang kuat dan mampu melalui segala rintangan yang ada di depan mata. Ingatlah, Allah menguji seseorang mengikut kemampuan hambaNya.

Demonstrasi... Cara Terbaikkah Untuk Meluahkan Perasaan?

Salamun 'alaik..
Apabila kita bercakap tentang demonstrasi, mesti kalian akan memikirkan demonstrasi sebagai medium untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pihak- pihak tertentu. Demonstrasi biasanya disertai oleh sesuatu kumpulan yang ingin membantah sesuatu polisi yang dibuat oleh kerajaan atau agensi- agensi tertentu.
Perasaan memang wajar diluahkan kerana jika dibiarkan akan melarat seperti gunung berapi yang sudah lama tidak memuntahkan lavanya. Tetapi harus diingat, perasaan harus diluahkan dengan cara yang betul.
Di Malaysia, demonstrasi memang menjadi cara popular untuk melahirkan amarah tidak kiralah isu itu kecil atau besar, membabitkan isu politik, ekonomi, perkauman, agama, pendidikan, hak asasi manusia dan sebagainya. Peserta akan berhimpun di satu tempat dan berjalan sambil melaungkan rasa hati di sepanjang jalan. Ada juga insan atau golongan yang sanggup mencederakan diri sendiri semata- mata untuk menunjukkan perasaan kepada pihak tertentu.
Harus difikirkan bahawa demonstrasi lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Berhimpun dan berjalan secara beramai- ramai di sepanjang jalan akan menyulitkan aktiviti orang awam yang tidak terlibat dengan demonstrasi. Pekerja pejabat akan lewat ke pejabatnya kerana jalan yang biasanya dilalui tidak dapat digunakan kerana telah dipenuhi dengan lautan manusia. Biasanya, demonstrasi secara aman ini boleh bertukar menjadi ganas jika ada pihak yang tidak dapat mengawal perasaan. Barangkali demonstrasi menjadi medan pertempuran antara pihak polis dan FRU dengan golongan yang menganjurkan demonstrasi. Masalah lain yang bakal timbul ialah pembaziran tenaga dan masa boleh berlaku kepada pihak yang terlibat dengan demonstrasi. Masakan tidak, masa yang berguna untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah dihabiskan dengan berhimpun di tengah orang ramai dan tenaga pula berkurangan kerana digunakan untuk menjerit dan melaungkan kata- kata penentangan terhadap sesuatu polisi.
Banyak cara untuk meluahkan perasaan tanpa mendatangkan masalah kepada diri sendiri seperti menulis surat kepada agensi- agensi yang terlibat, membuat aduan kepada pihak media dan menghantar memorandum kepada pihak- pihak tertentu supaya pendapat terhadap sesuatu polisi dapat diluahkan secara berkesan dan terus kepada pihak berwajib.
Demonstrasi bukanlah cara terbaik untuk menunjukkan perasaan. Sebagai golongan yang bertamadun, kita perlulah berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan...

Sunday, July 12, 2009

Kaya vs Miskin.. Nak pilih mana ye?

Salamun 'alaik..
Apabila saya menghadiri satu program yag dianjurkan oleh pihak universiti saya, saya berfikir mengenai tempat penginapan kami yang dikatakan mewah dan cantik. Memang khabar ini benar dan saya sungguh teruja untuk menginap selama beberapa hari di tempat penginapan tersebut. Jika bukan di bawah anjuran universiti, mungkin saya tidak berpeluang untuk merasai pengalaman menjadi orang kaya sehari. Setibanya saya di dalam bilik yang telah ditetapkan, saya terus melihat keadaan dalam bilik. Subhanallah! Indahnya bilik ini.. Kemewahan bilik ini menyebabkan saya tidak tahu bagaimana mahu membuka pili air. Nasib baik ada kawan yang membantu, dapatlah saya menyegarkan badan setelah sejam setengah berada dalam perut bas. Lega setelah mandi...
Pada malam itu, para peserta dikehendaki untuk mengikuti ceramah oleh Datuk Hamidon. Saya duduk di kerusi paling hadapan. Ucapannya mantap dan meresap ke dalam hati.. Mudah- mudahan Saya dapat mempraktikkan apa saja yang dikataknnya dalam kehidupan seharian. Sambil- sambil mendengar ceramah, saya menjeling ke arah para peserta yang lain termasuklah golongan lelaki. Saya tertarik untuk memandang seorang jejaka yang khusyuk mendengar ceramah. Kenapa dia menarik perhatian saya? Jawapannya, bukan kerana ketampanannya, tetapi dek pakaiannya yang serba mewah. Dari kepala hinggalah kakinya, dia dibaluti dengan pakaian berjenama mewah dan terkenal. Kasutnya berbeza daripada peserta lain.. Dari jauh sudah terpancar kilauan kasutnya yang barangkali berjenama Bonia.
Saya memerhatikan diri saya pula.. Huh, bezanya saya dengan dirinya. Kasut saya dibeli dengan harga yang murah; RM 15 sepasang. Tudung saya pula dibeli di sebuah pasaraya yang tidak terkenal. Stokin saya hampir saja menampakkan jari kaki. Saya tidak memandangnya lagi kerana makin banyak saya pandang, makin banyak perbezaan yang dapat saya cari antara kami.
Ketika berangan mengenai masa hadapan ketika sedang duduk di atas katil pada malam itu, fikiran saya melayang tentang perbezaan si kaya dengan si miskin.. Mengapa di dunia ini ada orang kaya dan ada orang miskin? Kenapa orang kaya dipandang tinggi? Adakah kerana pangkatnya dan wangnya?
Saya mula mencari jawapan mengenai soalan yang seterusnya. Jika diberi pilihan, golongan manakah yang akan saya pilih? Jalan yang mana perlu saya lalui dalam kehidupan seharian? Jalan penuh kemewahan atau jalan yang kosong?
Jalan penuh kemewahan- semua insan di dunia ini mahukan kehidupan yang sempurna. Makanan yang mencukupi, pelajaran di luar negara, tempat tinggal yang besar, pakaian serba mahal dan kereta sekurang- kurangnya keluaran Ford atau General Motors. Orang kaya memang senang mendapatkan apa yang dihajati. Namun orang kaya terdedah kepada bahaya. Masakan tidak, mereka mempunyai aset beratus juta di dalam dan luar negara dan faktor ini menyebabkan orang kaya diancam dengan jenayah rompakan dan pembunuhan. Semua orang inginkan wang mereka yang banyak dan melimpah ruah. Acap kali kita dikejutkan dengan pelbagai berita tentang rompakan yang berlaku di kediaman- kediaman golongan elit. Dahulu di tempat saya terjadinya satu rompakan ke atas sebuah rumah mewah di atas bukit. Rumahnya sangat besar, mungkin paling mewah di kawasan saya itu. Walaupun dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, namun perompak tetap bijak. Ternyata perompak sanggup mengambil risiko untuk merompak harta- harta golongan kaya ini kerana pulangannya sangat menguntungkan. Susah juga ya golongan elit ini...
Esoknya, saya mmandang semula ke arahnya sambil berkata kepada diri sendiri," Aku memiliki apa yang kau tak miliki. Aku miliki kebebasan tanpa ada rasa takut akan kehilangan harta benda yang aku tak miliki. Aku bersyukur, Allah beri kelebihan ini pada aku. Dan kesederhanaan ini membuatkan aku sentiasa mengingati Allah, Habibi.."

Tuesday, June 30, 2009

Tak faham...

Semalam saya mengikuti kuliah seorang pensyarah yang saya kagumi. Namanya tak perlu saya sebutkan atas sebab2 keselamatan diri beliau. Beliau berkongsi perasaan dengan saya- bukanlah perasaan cinta sesama sendiri tapi perasaan kecewa kerana orang Islam sendiri sanggup mengkhianati saudara2 mereka.. Beliau menceritakan jika seorang pemimpin itu merupakan orang yang terhutang budi kepada orang2 yahudi, maka negara yang dipimpin akan berpaksikan budaya yahudi- budaya yang tak punya rasa kasihan kepada orang lain... lihat saja pada hari ini, bukan saja negara Islam yang tidak mampu menolong saudara2 mereka di Palestin, bahkan mereka turut sama membantu rejim ganas itu untuk menyekat keperluan masyarakat Palestin; tempat perlindungan, makanan, minuman.. Masyarakat Palestin tidak dapat berlindung di mana2 kerana negara jiran yang kononnya berorientasikan Islam pun tidak mahu membantu mereka. Saya sungguh tidak memahami mengapa negara- negara Islam terutamanya di Tanah Arab tidak mampu melawan Israel yang populasinya adalah antara yang terkecil di dunia. Mungkainkah mereka sudah banyak terhutang budi kepada orang Yahudi sehingga sanggup menurut apa saja kemahuan Yahudi? Di Malaysia sendiri pun sudah ada yang mahu menjadi mata2 untuk Yahudi demi kepentingan sendiri sehingga sanggup mengenepikan kedaulatan negara. Siapakah individu terbabit? Saya tidak mahu mendedahkan atas sebab2 keselamatan juga.
Sebagai masyarakat Islam, kita perlu sedar bahawa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara adalah penting. Biarlah diri terkorban demi mempertahankan 3 elemen tadi. Jangan hanya memikirkan kepentingan peribadi tanpa menyedari kesan2 terhadap perbuatan kita yang yang tidak bertanggungjawab- sanggup menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Saturday, June 27, 2009

Allah larang, Allah sayang...

Allah sayang saya.. dan kamu juga!
buktinya, di kala kita melupakan Allah, Allah tetap beri kita nikmat...
contohnya udara yang kita sedut sekarang... bukankah ia membantu kita untuk terus hidup?
makanan- Allah larang kita makan daging khinzir sebab Allah sayang kita. Siapa yang degil,
memang dihinggapi virus H1N1.. Allah tak benarkan kita makan daging biawak, ular,
buaya, katak, harimau dan sume yamg kita tahu haram untuk dimakan sebab daging-
daging tu menyebabkan hati menjadi keras dan pemakannya tidak mudah bersimpati
dengan kesusahan orang lain..
minuman- Allah dah kata, arak itu haram dan raja segala kejahatan.. Tapi ada je yang degil!!!
Kan arak itu memabukkan serta merosakkan fikiran. Arak menyebabkan kita tidak
berfikir secara waras. Kerana arak, manusia boleh terlibat dalam bencana seperti
kemalangan dan pergaduhan. Arak itu najis syaitan!
pakaian- Kita wajib tutup aurat. Rata-rata yang dapat kita lihat sekarang golongan wanita
susah nak tutup aurat dengan sempurna. Kalau masyarakat 60-70an tu boleh
dimaafkan kerana mereka tidak didedahkan dengan ilmu- ilmu agama dengan lebih
mendalam dan zaman itu tidak ada tv, internet atau radio sebagai alat penyebaran
dakwah. Masyarakat berteknologi kini sudah didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan melalui media massa tapi masih tak mahu mengikut arahan Allah. Kan
wanita itu mulia di sisi Allah.. Wanita ibarat barang kemas- intan, berlian, emas,
perak, mutiara.. Barang- barang ini perlu dipelihara dan dijaga dengan rapi agar
tidak dicuri orang.. Perlu disimpan dalam peti agar nilainya tetap tinggi.. Allah
sayang muslimah!
hiburan- Muzik keras serta melalaikan memang dilarang Allah. Allah tak suka kita mendengar
muzik- muzik yang merosakkan minda kita. Muzik yang melalaikan datangnya
daripada Yahudi yang sentiasa nak menghancurkan kita. Yahudi mahu kita
tinggalkan kekasih kita. Allah kan menyintai orang yang menyintainya. Seharusnya
kita tahu, hiburan yang mengingati kekasihnya yang teragung kan hiburan yang
terbaik.. Rancangan di televisyen yang dipengaruhi oleh unsur- unsur yang
hedonisme memang dilaknat Allah.. Manakan tidak, hiburan sebegitu menyebabkan
kita lupakan Allah. Program realiti semakin banyak, anak- anak muda dimomokkan
dengan dunia popular. Yang sedihnya, ibu bapa turut menyokong anak- anak mereka
yang terbabit dalam pertandingan hiburan sehingga menangis kerana anak mereka
terkeluar daripada pertandingan nyanyian. Hiburan lalai ini sudah menggila di
zaman sekarang.. Patutlah duit dibazirkan hanya untuk mengunda artis kesayangan.
Tak kisahlah; RM1, RM10, RM100.....
Setiap larangan Allah merupakan tanda cintanya kepada kita walaupun kita ini cuma hambanya.

Tuesday, June 16, 2009

Keabadian Seorang Hamba


Salamun 'alaik..

Saya teringat tentang cerita mengenai keluarga Sumaiyyah yang menjadi keluarga pertama syahid di jalan Allah ketika sedang mengelamun di atas meja belajar. Mereka merupakan hamba Allah yang sangat taat kepada Allah sehingga sanggup menggadaikan nyawa demi Islam. Mereka sangat yakin dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw yang dirasakan boleh menyelamatkan mereka daripada belenggu kejahilan. Saya teringat pula kisah Bilal bin Rabah, seorang hamba kepada Umaiyyah yang diseksa oleh tuannya, Umaiyyah apabila rahsianya memeluk Islam terbongkar. Dia diduga dengan pelbagai penyeksaan termasuk dihimpit dengan batu besar sementara tubuhnya dijemur di bawah matahari terik. Nasib Bilal memang baik apabila Khalifah Abu Bakar membebaskan Bilal daripada tuannya dengan bayaran dua kali ganda daripada nilai sebenar Bilal ketika dibeli oleh Umaiyyah. Ketabahan tokoh- tokoh Islam ini memang patut dicontohi oleh Muslimin dan Muslimat yang ada kini kerana tokoh- tokoh ini telah berjaya mempertahankan iman terhadap Islam.

Jika diteliti, cara Sumaiyyah memahami Islam sangat berbeza dengan kita. Ketika dia mula- mula menerima syiar Islam, ibadah- ibadah seperti solat dan puasa belum diajar kepada Umat Islam ketika itu. Umat Islam sezaman Sumaiyyah mempraktikkan Islam dari sudut yang berbeza dengan umat kini. Keimanan mereka berasaskan keyakinan terhadap tuhan yang satu iaitu Allah swt. Mereka percaya Allah adalah tuhan yang nyata dan tidak mampu ditandingi oleh mana- mana pihak.
Sebagai Muslim yang hidup pada zaman moden ini, kita seharusnya mempraktikkan Islam mengikut amalan- amalan yang telah diajar oleh Allah swt melalui kekasihNya, Muhammad saw. Iman kita bergantung kepada amal ibadat yang dilakukan- jika kurang amalan, maka iman kita akan berkurang dan begitulah sebaliknya.

Thursday, June 11, 2009

Nak elak daripada mendengar umpatan? Senang saja!

Umpatan, cemuhan, kutukan dan perkataan yang seumpamanya merupakan perkataan yang menggambarkan perkara- perkara yang boleh membawa kalian ke lembah dosa... Dosa besar!!! Seharusnya kita takut akan perkara-perkara seumpama ini..
Namun ada rakan- rakan kita yang suka mengumpat sehingga kita yang tidak mahu mendengar umpatan tersebut terpaksa menanggung dosa..
Berikut dinyatakan cara- cara untuk mengelak daripada mendengar sebarang ucapan yang berbaur umpatan:

1. Apabila nampak rakan anda yang telah dicop sebagai Mak Joyah mendekati anda, berpura- pura seperti anda mempunyai masalah besar yang harus diselesaikan secepat mungkin. Cara ini bakal membuatkan Mak Joyah tersebut membatalkan hasratnya kerana takut anda meminta tolong menyelesaikan masalah terbabit yang bukan salah satu daripada profesionnya sebagai media bergerak.
2. Tidur setelah ternampak Mak Joyah yang sedang menuju ke arah anda dengan hasrat untuk menyebarkan segala dakyahnya. Jangan bangun walaupun Mak Joyah menggegarkan katil anda atau menjerit dengan harapan supaya anda mendengar cerita laghonya..
3. Ketika berada dalam satu halaqah, tiba- tiba ada seorang ahli halaqah menceritakan tentang keburukan seseorang untuk memuaskan hatinya ( sebab kalau tak mengumpat sehari tak sempurna hidupnya). Anda yang prihatin harus cepat- cepat memotong percakapannya dan menukar tajuk perbualan. Boleh juga bertanyakan soalan- soalan mengenai agama dan dunia supaya ahli- ahli yang lain lebih berminat untuk membincangkan soalan yang diutarakan oleh anda berbanding mendengar cerita Mak Joyah yang tak berfaedah.
4. Ketika berbual dengan rakan- rakan, pastikan anda membawa ' head phone' supaya apabila mereka berbicara mengenai keburukan seseorang, anda bolehlah mendengar lagu- lagu yang menarik dengan kuat agar tidak mendengar umpatan Mak Joyah.
5. Apabila mendengar Mak Joyah mengumpat, nasihatkan dia dengan kata- kata yang penuh berhikmah.Katakan padanya;
" buat penat je kau beribadah. Pahala kau dah terbang kat Siti.."
Praktikkan ye...

Wednesday, June 10, 2009

Malunya...

" Malunya aku bila cikgu marah sebab tak siapkan kerja sekolah!"
" Aku malu sebab terlanggar Mamat kat depan pintu pagar sekolah."
" Pemimpin aku suka bergaduh. Aku malu dengan orang luar."
Sering kali saya mendengar luahan- luahan seperti ini. Saya suka apabila masih ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang masih mempunyai sifat malu ini.
Malu merupakan sebahagian daripada iman. Malu merupakan sifat terpuji. Masyarakat Asia masih mempunyai sifat malu, justeru mereka tidak mahu untuk menceritakan masalah yang berkaitan dengan dunia mereka sebagai lelaki atau perempuan kepada pihak yang berlainan jantina. Berbeza dengan masyarakat Timur, masyarakat Barat tidak segan silu berkongsi masalah dengan rakan- rakan yang berlainan jantina bahkan topik berkenaan merupakan topik yang biasa dibicarakan dalam perbualan harian.
Sifat malu terbahagi kepada dua; malu bertempat dan malu tidak bertempat. Malu bertempat boleh ditafsirkan sebagai perasaan malu yang disebabkan oleh perkara- perkara yang tidak sepatutnya terjadi kepada manusia. Malu tidak bertempat pula ialah perasaan malu untuk melakukan sesuatu perkara yang baik, sebagai contoh:
" Aku malu nak bertanyakan perihal soalan ni kepada cikgu.."
" Malu pula rasanya nak bersalaman dengan nenek aku.."
" Malu lah nak beritahu Siti yang aku nak pinjam pensilnya.."
Malu yang seperti ini boleh membawa seseorang ke lembah yang tidak baik. Kita tidak seharusnya malu untuk bertanya soalan- soalan yang tidak kita ketahui jawapannya. Jika kita tidak bertanya, persoalan tersebut akan terus menghantui kita dan kita tidak akan ketahui jawapannya. Ilmu tidak dapat disampaikan dan membawa kepada pelbagai percanggahan pada masa akan datang.
Buangkan sikap malu anda untuk melakukan sesuatu perkara yang baik. Jangan pula anda tidak malu untuk terlibat dalam jenayah atau melakukan perkara- perkara yang melanggar syariat.. Contohnya:
" Kau nak malu apa? Merokok melambangkan kejantanan! Cubalah!"
" Kau malu didenda sebab tak siap kerja sekolah? Tenanglah kawan! Ini baru dikatakan otai sekolah.."
Perasaan malu seperti ini tidak seharusnya wujud dalam kehidupan kita.. Ingatlah, malu untuk melakukan dosa, bukan menambah pahala..

Oh Bahasa Melayuku!!

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang perlu dimartabatkan..
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia..
Terpanggil saya untuk menulis tentang keindahan Bahasa Melayu yang semakin terancam dek arus kemodenan yang menuntut kita menyanjung bahasa barat.. Baru- baru ini, saya membaca satu keratan akhbar berkenaan martabat Bahasa Inggeris dalam yang bakal dijadikan kayu ukur untuk pencapaian akademik seseorang pelajar sekolah menengah. Jika seseorang pelajar itu tidak lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, pelajar tersebut dianggap tidak lulus dalam SPM. Penting sangatkah Bahasa Inggeris dalam kehidupan kita?
Mungkin kita sudah lupa tentang kemasyhuran Bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semua pedagang yang berdagang di Tanah Melayu perlu bertutur dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan urusan jual beli antara penduduk Tanah Melayu dengan pedagang asing. Sultan dan rakyat Tanah Melayu sangat berbangga dengan Bahasa Melayu kerana mereka merasakan Bahasa Melayu patut diberi penghormatan yang tinggi seiring dengan keindahan gaya bahasanya.
Rata- rata pekerja asing yang bekerja di Malaysia berpendapat bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Ini terbukti apabila sebilangan besar daripada mereka mampu berbahasa Melayu dengan baik walaupun baru beberapa bulan bekerja di Malaysia. Pensyarah saya yang berasal dari Myanmar turut mengakui kebenaran ini. Dalam kuliahnya yang lepas ( saya rasa tidak perlu dinyatakan tarikhnya), beliau menyatakan Bahasa Melayu memang mudah untuk dipelajari. Menurut beliau lagi, orang luar dapat mengenali bangsa Melayu melalui bahasanya. Orang Melayu memang sinonim tidak dapat dipisahkan dengan dua elemen penting- Agama Islam dan Bahasa Melayu. Jika hilang salah satu daripada elemen tersebut, maka hilanglah jati dirinya sebagai Orang Melayu.
Ada juga makhluk- makhluk yang berpendapat bahawa jika kita tidak mempelajari Bahasa Inggeris, kita tidak akan maju, mundur kerana semua ilmu hanya boleh didapati menerusi khazanah- khazanah dari Barat. Mereka juga berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan oleh sebilangan besar penduduk di dunia. Benarkah?
Jika kita pandang ke timur ( satu dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir), negara- negara di sana sangat maju dan berteknologi tinggi. Jepun sebagai contoh, negara tersebut menghasilkan pelbagai peralatan yang berteknologi tinggi seperti robot, kereta dan motorsikal. Kemajuan negara itu melayakkan Jepun digelar sebagai " Harimau Asia". Kemajuan mereka bukanlah berasaskan kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik, tetapi daya usaha mereka yang tinggi untuk meletakkan negara mereka sebagai negara termaju di dunia. Kebanyakkan Orang Jepun tidak mahir berbahasa Inggeris kerana mereka berbangga dengan bahasa warisan nenek moyang mereka. Perdana Menteri Jepun tidak menggunakan Bahasa Inggeris ketika memberi ucapan dalam pelbagai persidangan antarabangsa yang dihadirinya ( kalau tak percaya, tonton ucapan Perdana Menteri Jepun dalam persidangan antarabangsa). Sikap Perdana Menteri ini telah menyebabkan semua wakil kerajaan perlu menterjemahkan Bahasa Jepun ke dalam bahasa mereka agar dapat difahami.
Bahasa Melayu perlu dimartabatkan agar menjadi bahasa pertuturan di seluruh dunia. Ini sesuai dengan hasrat kerajaan sendiri untuk menyanjung Bahasa Melayu supaya ianya tidak diabaikan atau dirosakkan oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sunday, June 7, 2009

Hajat hatiku..

" Nothing is impossible in this world!". Ungkapan yang selalu bermain dalam kotak fikiran saya apabila terfikirkan tentang impian saya yang setinggi langit- nak mengislamikan Vatican City, pusat Agama Kristian di dunia ini. Kalau saya beritahu kenalan- kenalan saya, saya takut mereka ketawakan saya.
" Boleh ke kau ubah Kota Kristian tu jadi Kota Islam? Mengarut!!!"
" Kau betul ke tak? Ulama' besar pun masih tak mampu nak ubah kota tu?"

Suka hati mereka lah nak cakap apa- apa.. Janji jangan halangi impian saya yang murni ni.. Kalau bukan saya yang mengubah kota tu, saya akan sampaikan hasrat saya ini kepada anak- anak, cucu- cucu, cicit- cicit.. generasi akan datang.. Itu pun kalau umur saya panjang dan dapat mendirikan rumahtangga.. Doakan saya sahabat- sahabatku..
" Kau nak ubah Vatican City, tapi diri kau?"

Kata- kata seumpama inilah yang menjatuhkan saya.. Kadang- kadang, saya pekakkan telinga- malas mahu fikirkan tentang manusia yang tidak menyokong hasrat saya ini.. Kadang- kadang, betul juga cakap mereka. Sebelum ubah dunia, ubah negara. Mahu ubah negara, harus ubah negeri. Teringin mahu ubah negeri, ubahlah daerah. Mahu ubah daerah, wajib ubah mukim. Mukim yangb mahu diubah harus dimulakan dengan perubahan dalam kampung. Kampung diubah melalui masyarakat. Mahu ubah masyarakat, harus ubah keluarga. Nak ubah keluarga, harus ubah diiri sendiri dahulu... Fuh, panjang sangat pendirian ini... Kesimpulannya, saya harus ubah diri sendiri dahulu!!!

Friday, June 5, 2009

betul ke pengkhianat Islam adalah..

Hari Khamis lalu, saya mengikuti kuliah seorang pensyarah political sciences yang tinggi ilmunya..
Kalau belajar dengan beliau memang anda akan dapat pusing satu dunia dalam masa sejam atau tak sampai setengah jam. Beliau sangat unik sebab walaupun beliau bukan berasal dari Malaysia, tapi beliau dapat mengetahui sejarah negara Malaysia sedalam- dalamnya. Namun di sini, saya bukanlah mahu menulis mengenai perihal beliau, namun saya tertarik dengan satu penjelasan beliau mengenai orang yang Tanah Melayu sanjungi dari dahulu sehingga sekarang- Munsyi Abdullah... Siapa tidak kenal dengan penulis Bahasa Melayu yang terulung di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. Saya difahamkan bahawa beliau bukan berbangsa Melayu, namun beliau berketurunan India yang Muslim atau disebut oleh masyarakat sekarang ini sebagai Mamak. Menurut pensyarah saya, dia bukan saja telah menulis beratus- ratus naskah buku bahkan telah menterjemahkan Kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi..
Saya tidak tahu tentang kesahihan fakta ini. Mungkin fakta ini benar kerana Munsyi Abdullah terlalu diagung- agungkan dalam pelbagai buku sejarah yang terdapat pada masa ini. Menurut pengamatan saya, sejarawan yang menulis tentang sejarah Tanah Melayu adalah orang barat yang beragama Kristian. Jadi tidak hairanlah jika fakta ini benar. Bukan saja Munsyi Abdullah, malah kita dapat menyaksikan pada suatu ketika dahulu seorang Muslim bernama Mustafa Kamal dari Turki yang menghapuskan sistem khalifah yang menjadi tunjang penyatuan umat Islam di Asia Barat dan Asia Tengah. Dia (kerana tidak layak sangat dipanggil beliau) telah menjatuhkan khalifah Islam terakhir dan mewujudkan undang- undang gila berorientasikan barat sehingga Turki menjadi sebuah negara sekular yang baru. Wanita diharamkan memakai tudung, jika masih mahu mengenakan tudung haruslah memakai skirt, jubah juga diharamkan dan pakaian rasmi bagi lelaki Turki ialah kemeja, tie dan kot. Pengasingan Islam dengan corak pemerintahan menjadi elemen penting bagi kerajaan Mustafa Kamal bagi memodenkan Turki. Pengkhianatan terhadap Islam diteruskan sehingga kini apabila kita digemparkan dengan dakyah ' Feminisme' yang kononnya mahu memartabatkan Kaum Hawa yang ditindas dalam pelbagai aspek. Dakyah yang dipelopori oleh golongan yang bangga dikenali sebagai 'Sister In Islam' mempunyai banyak permohonan kepada masyarakat dunia supaya kaum wanita boleh disamakan tarafnya dengan lelaki. Permintaan- permintaan mereka seperti kaum lelaki haruslah beriddah apabila bercerai dengan isterinya dan kaum wanita diberi hak untuk mengetuai solat berjemaah yang dicampuri oleh kaum lelaki memang tidak masuk akal dan melanggar syariat Islam. Mereka juga menyatakan bahawa semua agama adalah sama- menyembah Tuhan Yang Esa namun berbeza daripada segi perlaksanaan. Saya sebagai seorang Muslimah langsung tidak tertarik dengan dakyah- dakyah mengarut ini. Bagi saya, Allah menyamakan taraf lelaki dan wanita dengan pendekatan yang berbeza. Lelaki kaum yang kuat, seharusnya mereka menjadi ketua jika dibandigkan dengan wanita yang lemah dan memerlukan sokongan. Allah menyayangi wanita dengan memerintahkan supaya menutup aurat agar tidak didekati oleh anasir- anasir jahat yang bolah merosakkan wanita itu sendiri. Pandangan SIS ini tidak boleh diterima sama sekali.
Kesucian Agama Allah ini perlu dipelihara oleh Umat Islam sendiri dan Umat Islam tidak boleh mengemukakan dakyah- dakyah gila yang boleh merosakkan akidah ummah demi kepentingan diri.. Pengkhianat wajib dihapuskan seperti pada zaman Khalifah Abu Bakar As- Siddiq.. Musalamah Al- Kazzab abad 21 harus dihapuskan!!

Thursday, May 28, 2009

Salamun `alaik..
Saya rasa diri saya memang cukup bertuah kerana dapat merasai 2 keadaan yang berbeza..
Satu kehidupan dikelilingi dengan budaya barat yang menjadi teras kehidupan masyarakat di sana dan satu lagi hidup saya penuh dengan nilai islami.. Saya dapat menggabungkan 2 nilai itu dalam kehidupan saya dan hasilnya saya menjadi seorang pelajar yang dapat berfikir secara 2 dimensi. Bukanlah saya mengagungkan nilai barat, tetapi kita perlu ingat bahawa tidak semua masyarakat barat menjalani kehidupan yang teruk dan ganas. Contohnya baru- baru ini saya menyaksikan video yang memaparkan masyarakat barat yang cuba menyelamatkan ikan paus yang terdampar di perairan pantai. Dari paparan itu, saya dapati bahawa mereka ini sangat bersungguh- sungguh untuk menyelamatkan haiwan walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Tidak lama dahulu, buletin utama di tv3 memaparkan sekumpulan orang awam dari barat berusaha untuk menyelamatkan seekor kucing yang tidak dapat turun dari pokok yang tinggi. Kesungguhan mereka menyelamatkan kucing tersebut sangat menyentuh hati saya. Cerita tersebut sedikit sebanyak mengubah pendirian saya tentang masyarakat barat. Barat bukanlah seburuk yang kita sangkakan, kadang- kala sesetengah sifat yang dimiliki oleh mereka boleh kita teladani contohnya seperti sifat menyayangi binatang yang saya telah huraikan tadi. Orang barat sangat bersungguh- sungguh dalam membuat sesuatu pekerjaan dan oleh kerana sifat itulah mereka berjaya dalam perniagaan. Siapa tidak kenal dengan Syarikat Ford yang telah menghasilkan beribu- ribu unit kenderaan yang mewah serta bermutu tinggi? Kesungguhan mereka telah menjadikan syarikat mereka terkenal di seluruh dunia. Jadi kesimpulannya, kita tidak bolah memandang barat dari sudut negatif sahaja tetapi pandang mereka dari sudut yang berbaik.

Sunday, May 10, 2009

Ibu Memang Penipu!!!

Saya tak sangka, insan yang selama ini saya sanjung sanggup menipu saya..
Dia bukan saja menipu saya, malah dia turut menipu anak- anaknya yang lain..
Kenapa?
Kenapa dia sanggup menipu kami?
Kisahnya bermula dengan seekor ikan yang telah digoreng olehnya..
Adik saya yang bongsu tidur ketika kami sedang enak makan..
Ibu sedang solat zuhur..
Ketika selesai bersolat, hajat ibu nak menikmati ikan goreng yang tinggal seekor di dalam kuali..
Ibu memang lapar.. Sejak dari malam semalam dia tidak menjamah walau sebutir nasi..
Memang bekalan beras di rumah kami tidak mencukupi..
Tiba-tiba adik terjaga dan merengek mahu minta makanan..
Ibu rasa bersalah, dia memimpin adik yang masih mamai ke meja makan..
Lantas ibu menghidangkan nasi dan ikan goreng untuk adik makan..
Adik memuji, masakan ibu- walaupun ikan goreng- sangat sedap..
Saya memandang wajah ibu yang tersenyum mendengar pujiaan anak manjanya..
Saya bertanya, " Ibu, ikan goreng ada lagi ke? Ibu makanlah dengan kami."
Ibu memegang bahu saya sambil bibirnya terus menerus mengukir senyuman.
" Makanlah, nak. Nanti ibu makan. Ikan goreng ada lagi.. Tinggal seekor dalam kuali," jawab ibu.
Hati saya yang tidak senang mendengar jawapan ibu.. Suaranya bergetar, mungkin akibat kelaparan..
Saya meninggalkan ibu yang sedang melayan kerenah anak- anaknya di meja makan..
Selesai saja saya mencuci pinggan mangkuk, saya menjenguk ke dalam kuali..
Ibu tipu!! Saya tidak melihat seekor ikan pun di dalam kuali..
Dalam hati saya terdetik satu perasaan yang sukar saya nyatakan..
Saya memang sedih dengan tindakan ibu..
Tanpa saya sedari, air mata saya jatuh namun cepat- cepat saya lap pipi yang basah..
Memang saya ego untuk menangis di hadapan orang..
Saya memalingkan muka ke arah meja makan..
Ibu masih boleh tersenyum..
Pada malam ini,
Masihkah ibu menahan lapar lagi?