Wednesday, September 2, 2009

Kekalahan ini sangat memeritkan..

Salamun 'alaik..
Malam ini saya telah kalah melawan arus yang datang..
arus itu bagi saya kecil, namun apabila ia kerap datang, arus itu telah melemahkan saya.. Ibarat air yang menghempas batuan di tebing lautan.. Sekali menghempas memang tiada kesan tetapi jika banyak kali air melakukan perkara yang sama,lama- lama batu yang keras terhakis juga.. Saya telah cuba membatukan hati agar segala apa yang dikatakan terhadap diri saya tidak saya ambil peduli.. Tetapi saya gagal!!! Ketabahan saya bukan sama seperti ketabahan Rasulullah.. Saya tidak mampu lagi menahan.. Saya bulatkan tekad untuk tidak meneruskan perjuangan di jalan itu biarpun saya menyayangi jalan tersebut.. Sudah lama saya memikirkan tentang keputusan ini namun saya buat tidak endah kerana rasa sayang saya pada perjuangan ini.. Namun saya hanya insan biasa, apalah yang mampu saya lakukan apabila kerap kali diperli dengan kesalahan yang tidak saya lakukan..
Mungkin Allah ada agenda tersendiri dalam menyusun kehidupan saya selepas ini.. Saya yakin denganNya.. Kan Allah itu menyayangi saya, dan kamu juga..

1 comment:

  1. Aku akan sentiasa merinduimu..
    Kita sama2 memulakan perjalanan ini..
    namun kini kau tinggalkan aku sendirian..
    memang banyak dugaan yang harus di hadapi..
    namun..kita harus tabah..
    memang memeritkan..
    tapi bolehkah kita berdiam diri dan membiarkan mereka berprasangka terhadap kita??
    sedang mereka juga manusia biasa..
    yang tidak boleh lari dari kesilapan menduga..
    Aku sentiasa menunggu kepulangan mu..
    moga Allah beri petunjuk!
    Hanya Dia Yang Maha Tahu!!

    ReplyDelete