Monday, May 31, 2010

assalamualaikum..
huhuhu... lame dah tak menaip dalam ruangan ni, rasa janggal pulak kali ini... mungkin kesibukan menghalang saya daripada menaip luahan hati untuk semua... bukanlah luahan hati untuk diri sendiri tetapi luahan hati untuk semua hati- hati kamu, hatinya, hati mereka dan hati kita... geram apabila mendengar berita kematian sukarelawan yang bertugas untuk memberi keperluan asas untuk rakyat Palestin... tapi apalah, syahid di jalan ini memang baik... zionis makin melampau! dari zaman tok kaduk lagi sudah buat kacau... itupun menjadi kesayangan US lagi sehinggakan Obama menganjurkan sebuah perayaan khusus untuk meraikan Yahudi yang berjasa kepada negaranya... memang kalau dilihat sekarang, US boleh bergantung harap kepada Yahudi, namun lihatlah satu hari nanti, si Yahudi pasti akan jatuhkan US demi kepentingan mereka sendiri.. cuma US je yang buta mata dan hati... tak mengkaji...
Runtuhkan sahaja Starbucks yang jadi medan pelaburan si zionis ni... biarlah, walaupun impaknya tak seberapa, tapi jadi kesan juga pada zionis... tutup kilang Coca- Cola yang beroperasi sebab untung jualan disalurkan untuk bom saudara- saudara kita, tak kiralah di mana- mana pun... kalau saya minum minuman itu, rasa macam minum darah orang sahaja... lebih- lebih lagi bila teringatkan darah orang Islam yang mati dibunuh kejam... McD, kenapa tak ucap selamat tinggal padanya? ada jugak yang masih meratah daging Muslim di situ... ingatlah, hasil penjualannya akan disalurkan untuk membeli senjata, khusus untuk menembak kita... masa akan datang... janganlah satu hari nanti, kita baru nak menyesal, "ah, kenapalah kita jadi sebegini!" ada juga yang kata, "beli boleh, sokong jangan..." apakah ini? beli maknanya sokong... saya tak mahu jadi ejen zionis!
zionis ini pandai sahaja mengelirukan kita... perang fizikal dan mental memang telah diatur dengan rapi... lihat sahaja siapa yang jadi ratu cantik US baru- baru ini? agaknya si zionis mahu manggalakkan ramai wanita Islam untuk menyertai pertandingan seumpama itu dengan menanamkan harapan, "You can be the winner! Muslim girls are beautiful..." Rima Fakih je yang buta... oppsss!!! Huhuhu...
secara fizikalnya, si zionis dah bunuh ramai orang- bukan je orang Palestin, ulama- ulama seluruh dunia dan penentang terbesar mereka pun dibunuh juga.. kononnya pengganas, tapi sebenarnya mereka takut kalau- kalau si mereka ini menggagalkan hasrat hati mereka yang kotor itu... where is Osama Laden? Modal mereka untuk menyerang negara- negara Islam dengan menjaja program menentang pengganas nampaknya kian berhasil... Iran sahaja yang masih mampu bertahan... Kuatkan usaha Iran!

Saturday, April 3, 2010

Singgah sebentar

Assalamualaikum..
Kejatuhan empayar Islam bermula dari dalam.. Percaya tak?

Tuesday, February 23, 2010

Ini Mimpi...

Dalam kekalutan dunia,
seorang pemuda duduk di atas kerusi kayu,
merenung nasib ibunya yang mati di tangan Yahudi,
dia menutup mata,
dan terus beranggapan,
dia masih bermimpi,
dan tidak mahu bangun.
Seorang gadis,
tersenyum tawar,
pada hari itu,
dia membancuh minuman kegemaran abahnya,
dan cuba merasai kemanisan,
dalam kepahitan kopi.
Sebuah cermin yang retak,
tergantung pada sebuah almari yang usang,
menghadap wajah sayu gadis itu,
pantulan wajah pada cermin itu,
bukan wajah aku!
bibir sepatutnya menguntumkan senyuman,
mata sepatutnya bersinar,
pipi sepatutnya berisi!
Itu dulu...
ketika tanah airnya makmur,
ketika merasa hangatnya dakapan ibu,
ketika melihat senyuman seorang abah,
ketika menikmati tenangnya menelaah ilmu,
ketika riangnya bermain bersama- sama teman.
Kini,
nikmat itu hilang,
yang tinggal,
hanya kenangan yang masih dianggap nyata,
walaupun tahu apa yang sedang berlaku,
si gadis dan si pemuda masih berharap lagi,
ibu akan memeluknya,
dan ayah akan tersenyum.

Friday, February 5, 2010

Satu, bersatu...


Assalamualaikum...
Lama sudah tak menulis dalam blog sendiri, rasanya hampir setahun... Apakah yang terjadi sehingga saya tidak dapat melakukan aktiviti yang saya gemari- menulis. Menulis memang bukan kepakaran saya tetapi ia menjadi kesukaan saya.
Panjatkan doa untuk rakyat Haiti yang ditimpa bencana... Kasihan mereka. Pada saat kita bergembira, sentiasalah ingat bahawa ada pihak yang sengsara. Juga tidak dilupakan, kepada abang- abangku dan kakak- kakakku di Palestin, selamat berjuang untuk agama dan tanah air hakmu. Saya di sini hanya mampu berdoa semoga perjuangan kalian diberkati Allah swt. Memang Allah mempunyai rahsia tersendiri membenarkan Israel menceroboh tanah airmu. Allah swt mempuyai pelbagai cara untuk menghadiahkan taman syurgaNya kepada Mukminin. Salah satunya- menyediakan jalan untuk syahid.
Kita sering bertanya, di mana silapnya negara- negara Islam yang gagal untuk bersatu. Bukankah bersatu itu kesukaan Allah swt? Satu; satu Tuhan, Allah. Satu; satu kiblat, Kaabah. Satu; satu kitab, al- Quran. Satu; satu suara, "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Mungkinkah ada dalam kalangan kita yang mementingkan kedudukan dalam politik nasional? Pentingkah kuasa sehingga sanggup menggadai nyawa saudara- mara sendiri? Mungkinkah wang itu lebih berat timbangannya daripada darah saudara sendiri? Pentingkah harta daripada kasih- sayang sesama saudara- mara? Mungkinkah ketakutan kepada si laknatullah memberi keberanian untuk menghapuskan saudara- mara dari muka bumi? Pentingkah rasa takut itu untuk menyelamatkan diri sendiri?
Apakah yang difikirkan apabila membunuh saudara sendiri?
Di manakah akal fikiran apabila menghirup darah saudara sendiri?
Mengapakah fikiran tiba- tiba mati ketika menikmati daging saudara sendiri?
Bagaimanakah fikiran ketika menukarkan emas dengan nyawa saudara sendiri?
Bilakah kesedaran akan terbit setelah terbitnya sungai dari darah saudara sendiri?
Siapakah dia di sisi Allah jika fikirannya menjurus kepada pembunuhan saudara sendiri?

Tuesday, October 20, 2009

fikir dulu sebelum buat..

salamun 'alaik..
dah lama tak tulis apa- apa dalam blog ni..
saya terpanggil pula nak menulis..
kebelakangan ni, saya banyak bergaul dengan rakan- rakan yang bukan Islam.. apabila melihat mereka, timbul dalam lubuk hati saya satu soalan- kenapa Allah tak lahirkan mereka sebagai seorang Muslim?
Saya berfikir tentang soalan ini berkali- kali dan nasib baiklah ada seorang rakan yang berjaya merungkai soalan ini.. Katanya, dalam hati mereka (bukan Muslim) ada satu soalan yang mengganggu fikiran- Apa itu Islam? Kenapa ada orang menganut Islam? Apa istimewanya agama ini?
Mereka yang bijak akan mengkaji tentang Islam melalui pelbagai sumber. Tak hairanlah ramai profesor dan golongan berpendidikan yang bukan Islam menganut agama Islam selepas mengkaji beberapa fenomena alam. Lihat saja pengkaji yang mengkaji tentang peristiwa 11 September. Ada antara mereka yang memeluk agama Islam selepas mengenali Islam melalui peristiwa itu. Ada hikmahnya peristiwa tragis tersebut. Setidak- tidaknya, Islam dapat dikenali dan dikaji oleh rasa ingin tahu sesetengah pihak terhadap Islam. Soalan mereka- benarkah agama ini menganjurkan keganasan?
Islam merangkumi pelbagai aspek- kehidupan dunia dan akhirat. Manalah ada agama yang mengajar ilmu- ilmu seperti itu selain daripada Islam. Islam sangat seimbang dan sesuai sepanjang zaman.
Sebagai manusia yang bertamadun, kita harus berfikir dahulu sebelum membuat apa- apa keputusan dalam hidup ini terutamanya memilih agama atau jalan hidup. Bak lagu M. Nasir;
73 pintu,
73 jalan,
yang hanya ada 1 jalan...
maknanya, dalam dunia ini, hanya ada satu jalan penyelamat yang mesti diikuti oleh manusia. Jalan- jalan yang lain hanyalah jalan yang memesongkan manusia dari jalan sebenar. Fikirlah kebaikannya jika memilih sesuatu jalan dan kajilah sendiri pilihan tersebut- benarkah ini jalan sebenar?

Thursday, September 3, 2009

Kenapa Allah Tak Makbulkan Doa Ye?

Kadang- kadang kita terfikir juga, sudah banyak kali kita berdoa, mahukan sesuatu yang hingga kini masih tak dapat.. Bukan Allah tak sayangkan kita, Allah sayang saya dan kamu juga! Namun kita harus muhasabah diri..
Berikut adalah faktor- faktor yang menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan untuk menjadi panduan kita bersama:


1. Percaya kepada Rasulullah saw tetapi tidak mengikut sunnahnya.
2. Tahu membaca Al- Quran, tetapi tidak mengikut ajarannya.
3. Menggunakan nikmat yang Allah beri tetapi tidak tahu bersyukur.
4. Percaya adanya syurga tetapi tidak berusaha menuntutnya.
5. Percaya adanya neraka tetapi tidak takut kepada azabnya.
6. Percaya adanya syaitan sebagai musuh manusia tetapi tidak memerangi dan menjauhinya.
7. Melihat orang meninggal dunia tetapi tidak menyediakan bekalan untuk mati.
8. Melihat mayat ditanam di dalam kubur tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.
9. Menjauhkan diri daripada maksiat tetapi mendorong orang lain melakukannya.
( Jawapan Ahli Sufi Ibrahim Adham Rahimahullah terhadap soalan seorang hamba Allah
doanya tidak dimakbulkan oleh Allah ).

Wednesday, September 2, 2009

Kekalahan ini sangat memeritkan..

Salamun 'alaik..
Malam ini saya telah kalah melawan arus yang datang..
arus itu bagi saya kecil, namun apabila ia kerap datang, arus itu telah melemahkan saya.. Ibarat air yang menghempas batuan di tebing lautan.. Sekali menghempas memang tiada kesan tetapi jika banyak kali air melakukan perkara yang sama,lama- lama batu yang keras terhakis juga.. Saya telah cuba membatukan hati agar segala apa yang dikatakan terhadap diri saya tidak saya ambil peduli.. Tetapi saya gagal!!! Ketabahan saya bukan sama seperti ketabahan Rasulullah.. Saya tidak mampu lagi menahan.. Saya bulatkan tekad untuk tidak meneruskan perjuangan di jalan itu biarpun saya menyayangi jalan tersebut.. Sudah lama saya memikirkan tentang keputusan ini namun saya buat tidak endah kerana rasa sayang saya pada perjuangan ini.. Namun saya hanya insan biasa, apalah yang mampu saya lakukan apabila kerap kali diperli dengan kesalahan yang tidak saya lakukan..
Mungkin Allah ada agenda tersendiri dalam menyusun kehidupan saya selepas ini.. Saya yakin denganNya.. Kan Allah itu menyayangi saya, dan kamu juga..