Thursday, May 28, 2009

Salamun `alaik..
Saya rasa diri saya memang cukup bertuah kerana dapat merasai 2 keadaan yang berbeza..
Satu kehidupan dikelilingi dengan budaya barat yang menjadi teras kehidupan masyarakat di sana dan satu lagi hidup saya penuh dengan nilai islami.. Saya dapat menggabungkan 2 nilai itu dalam kehidupan saya dan hasilnya saya menjadi seorang pelajar yang dapat berfikir secara 2 dimensi. Bukanlah saya mengagungkan nilai barat, tetapi kita perlu ingat bahawa tidak semua masyarakat barat menjalani kehidupan yang teruk dan ganas. Contohnya baru- baru ini saya menyaksikan video yang memaparkan masyarakat barat yang cuba menyelamatkan ikan paus yang terdampar di perairan pantai. Dari paparan itu, saya dapati bahawa mereka ini sangat bersungguh- sungguh untuk menyelamatkan haiwan walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Tidak lama dahulu, buletin utama di tv3 memaparkan sekumpulan orang awam dari barat berusaha untuk menyelamatkan seekor kucing yang tidak dapat turun dari pokok yang tinggi. Kesungguhan mereka menyelamatkan kucing tersebut sangat menyentuh hati saya. Cerita tersebut sedikit sebanyak mengubah pendirian saya tentang masyarakat barat. Barat bukanlah seburuk yang kita sangkakan, kadang- kala sesetengah sifat yang dimiliki oleh mereka boleh kita teladani contohnya seperti sifat menyayangi binatang yang saya telah huraikan tadi. Orang barat sangat bersungguh- sungguh dalam membuat sesuatu pekerjaan dan oleh kerana sifat itulah mereka berjaya dalam perniagaan. Siapa tidak kenal dengan Syarikat Ford yang telah menghasilkan beribu- ribu unit kenderaan yang mewah serta bermutu tinggi? Kesungguhan mereka telah menjadikan syarikat mereka terkenal di seluruh dunia. Jadi kesimpulannya, kita tidak bolah memandang barat dari sudut negatif sahaja tetapi pandang mereka dari sudut yang berbaik.

No comments:

Post a Comment