Sunday, May 10, 2009

Ibu Memang Penipu!!!

Saya tak sangka, insan yang selama ini saya sanjung sanggup menipu saya..
Dia bukan saja menipu saya, malah dia turut menipu anak- anaknya yang lain..
Kenapa?
Kenapa dia sanggup menipu kami?
Kisahnya bermula dengan seekor ikan yang telah digoreng olehnya..
Adik saya yang bongsu tidur ketika kami sedang enak makan..
Ibu sedang solat zuhur..
Ketika selesai bersolat, hajat ibu nak menikmati ikan goreng yang tinggal seekor di dalam kuali..
Ibu memang lapar.. Sejak dari malam semalam dia tidak menjamah walau sebutir nasi..
Memang bekalan beras di rumah kami tidak mencukupi..
Tiba-tiba adik terjaga dan merengek mahu minta makanan..
Ibu rasa bersalah, dia memimpin adik yang masih mamai ke meja makan..
Lantas ibu menghidangkan nasi dan ikan goreng untuk adik makan..
Adik memuji, masakan ibu- walaupun ikan goreng- sangat sedap..
Saya memandang wajah ibu yang tersenyum mendengar pujiaan anak manjanya..
Saya bertanya, " Ibu, ikan goreng ada lagi ke? Ibu makanlah dengan kami."
Ibu memegang bahu saya sambil bibirnya terus menerus mengukir senyuman.
" Makanlah, nak. Nanti ibu makan. Ikan goreng ada lagi.. Tinggal seekor dalam kuali," jawab ibu.
Hati saya yang tidak senang mendengar jawapan ibu.. Suaranya bergetar, mungkin akibat kelaparan..
Saya meninggalkan ibu yang sedang melayan kerenah anak- anaknya di meja makan..
Selesai saja saya mencuci pinggan mangkuk, saya menjenguk ke dalam kuali..
Ibu tipu!! Saya tidak melihat seekor ikan pun di dalam kuali..
Dalam hati saya terdetik satu perasaan yang sukar saya nyatakan..
Saya memang sedih dengan tindakan ibu..
Tanpa saya sedari, air mata saya jatuh namun cepat- cepat saya lap pipi yang basah..
Memang saya ego untuk menangis di hadapan orang..
Saya memalingkan muka ke arah meja makan..
Ibu masih boleh tersenyum..
Pada malam ini,
Masihkah ibu menahan lapar lagi?

No comments:

Post a Comment